Happy Place Yang Jadi Traumatic Place–selepas ImagiNur.

Happy Place Yang Jadi Traumatic Place–selepas ImagiNur.

Yang sudah tonton ImagiNur mesti tahu tentang ‘happy place’ yang di sebut oleh Nur. Bagi Nur, Zuhal adalah happy place dia dan Nur adalah happy place Zuhal.

Di sini tak membincangkan tentang siapa, tetapi apa dan di mana.

Happy Place aku adalah yang berkaitan buku, pesta atau event, gig atau konsert dan berjalan atau travelling. Itu sahaja yang aku dapat kongsikan setakat ini. Ini semua yang buat aku happy dan aku happy bila kongsikan bersama selaras dengan tagline Cadburry “Kongsikan Keceriaan”.

Kejadian pertama, konsert Melankoliar di Kota yang menampilkan Fugo, Bilal Indrajaya, Rumah Sakit dan Romantic Echoes. Tujuan utama adalah untuk melayan live performance Romantic Echoes. Yang menjadikan happy place ini kepada traumatic place adalah Bilal Indrajaya merupakan favourite artist kepada orang yang (pernah) aku sayang. Dan aku yakin dia akan hadir konsert ini yang mana happy place ini akan jadi traumatic atau kegundahan dalam happy tanpa ingin melihat dia yang aku tinggalkan tanpa closure. Chuakss

Orang yang pernah buat aku happy, akan selalu ada di happy place aku.

Kejadian kedua, berlatar belakangkan PBAKL di PWTC. Aku suka kan buku dan event buku. Jadi, aku set date dengan crush untuk berkencan di sana as our first met (and first date) at KLIBF.

“Jumpa sana kalau jumpa.”

Dan aku mengiyakan. Dia diluar jangkaan aku. Dia betul-betul berpegang pada konsep ini. Jumpa sana kalau jumpa. Sepanjang event, hanya berpegang dengan konsep itu. Entah filosofi mana yang dia sedang apply. Tanpa ada komunikasi lain yang mendorong dia tak jumpa aku. Sepanjang event aku rasa dighosted dan terpaksa menikmati PBAKL (solo) date. PBAKL 2023 adalah PBAKL yang paling tak best hanya kerana benda sepele macam ni terjadi.

Actually, he showed up. Aku bukan tak jumpa dia, cuma segan nak bertegur sama macam dia segan nak tegur di dm untuk bertanya aku di mana dan beritahu dia dah sampai di hari kejadian.

Kejadian ketiga, dengan orang yang sama setelah tak jadi set date di PBAKL, kami aturkan next move untuk pergi gig; Tempatan Fest. Dia tak jadi pergi sebab his dad kena stroke.

And alhamdulillah we managed to go date for a couple of times after that. It feels so surreal when you’re dating someone living in your dream. I found my Zuhal now.

Zuhal–someone yang lupa bini dia sendiri. Just like him. Oh maybe I should realize that I’ve been ghosted by him.

SEPET

SEPET

Filem arwah Yasmin Ahmad yang menceritakan kisah Jason dan Orked dikeluarkan semula dan boleh stream online di YouTube selama satu minggu sempena pandemic Covid-19 (nak merafakkan lagi kempen #stayathome kot? Hehe… Lately, banyak sangat benda online). Aku rasa hari ni film tu adalah hari terakhir tayangan.

Aku tengok cerita ni masa sekolah rendah lah kot.

4 bulan yang lepas, aku ada tinggalkan komen pada satu scene video Sepet yang berdurasi beberapa minit dekat Youtube. Scene Orked first time jumpa dengan Jason dekat pasar, masa beli CD. Aku tinggalkan komen:

“Waiting for my Jason to show up someday T_T”

And guess what? Semalam, ada orang reply… He said:

“hahaha I am here! But takdir – what about that? hehehe….Don’t worry, your Jason will appear soon. Just be nice to each other and show the world we can all live harmony, irrespective of race or religion.”

That ‘takdir’ word makes me thinking… I start to wonder about takdir. In my life, i just follow the flow. It happens when it happens. Yes, i do have faith on takdir. Aturan daripada Allah S.W.T.

But this film and this guy from YouTube drive me thinking of if i’m in relationship dengan Chinese. In case our takdir is not destinied to be together, then what if we put some efforts to be together; at least we tried. How about all the efforts that we make? Will it work out to change takdir? But somehow, takdir cannot be changed.

Okay, apa yang i nak cakap kat sini bukanlah i dah hilang akal nak bercinta dengan mat YouTube yang baru kenal. Actually tak kenal pun. Cuma random guy yang reply komen i. Stranger.

He just made me thinking.

I rewatch the movie by the next day. And this film… ada sentuh part takdir. “Yin Fen” which means destiny. Correct me if i’m wrong. Scene dekat Chicken King masa Jason dengan Orked cerita pasal budak melayu yang Jason jumpa masa kecil… Dalam filem tu juga, ada cerita yang in Islam, we do not believe in reincarnation.

Now i wonder what’s actually the facts and stories behind the “Yin Fen”? Tell me more…

Friends Also Can Break Your Heart

Friends Also Can Break Your Heart

It’s time to bring back the pergi mampus vibe.

Sakit hati sampai tak ada hati.

Aku dah malas nak beremosi atau punya ada apa-apa perasaan yang irritate.

Buang masa.

Buang masa deal dengan orang yang sentiasa ada masalah. Pergi mampus dengan problem kau. Aku taknak tahu.

Pergi mampus.

Aku sangat rindukan diri aku yang dulunya yang tak sangat fikirkan orang lain. Fikiran kosong.

Sentiasa tenang dan tak serabut.

Hanya cuma aku dan aku.

Sebab yang ada nanti cuma aku. Aku seorang yang kena hadap, kena tanggung semua.

Catu

Catu

Catu.

28 APRIL 2020

[DAY 42 OF MCO]

Aku ingat lagi, masa aku darjah berapa aku tak ingat.

Masa tu bulan puasa. Macam sekarang. Maksud aku, betul-betul macam keadaan sekarang. Banyak benda kena catu dekat kedai.

Tak semua kedai yang ada gula. Banyak yang aku dengan ayah aku singgah, tapi rak kosong.

‘1 PAKET SAHAJA SETIAP PELANGGAN’

Bertampal dekat setiap kedai.

“Acik bayar 1 ni. Nah RM5.”

“Kenapa nak beli gula banyak-banyak?”

“Nanti raya, orang datang nak buat air guna apa?”

Make sense juga. Dua paket gula mana cukup sampai raya; buat air, masak lagi….

Cuma bezanya, sekarang ni lebih buruklah; pandemik. Dengan Covid-19, PKPnya….  Nak keluar rumah pun tak boleh. Jadinya, aku langsung tak tahu apa yang berlaku dekat luar sana; macam mana keadaannya.

Pada masa-masa macam ni, aku pun rasa nak merakamkan sejarah. Untuk tatapan anak cucu (ceh!). Aku rasa nak sangat penuhkan kamera filem aku ni dengan gambar-gambar yang bertemakan ‘Ghost Town’. Shutter count aku baru tunjuk 9. Banyak lagi filem kosong. Port paling boek sekali, tempat pasar tu. Banyak bangunan lama, siap burung merpati.

This is my childhood camera since i was six.

An old pic when i was reloading the

Tapi, tak payah nak jadi rakyat yang ingkar. Sia-sia jelah kalau kena tangkap bila berkeliaran tengah bandar.

Oh, lupa!

Duit sewa rumah tak bayar lagi. Online banking aku pun ada problem.

E-zine Percuma!

E-zine Percuma!

Pada 26 April 2020, saya cuba menghasilkan sebuah e-zine yang bertajuk ‘TIADA TAJUK: A TRIAL’.

Ia adalah sebuah hasil dalam satu malam yang mana saya dapat idea menghasilkannya pada waktu petang.

Saya cuma mencuba sesuatu yang baru kerana terlalu bosan sepanjang tempoh PKP.

Sesiapapun boleh dapatkannya secara percuma di Telegram channel saya.

Ikhlas daripada saya. ✨

So, go get your free e-zine!

Link Telegram channel: https://t.me/sukasukanaktulis