Happy Place Yang Jadi Traumatic Place–selepas ImagiNur.

Happy Place Yang Jadi Traumatic Place–selepas ImagiNur.

Yang sudah tonton ImagiNur mesti tahu tentang ‘happy place’ yang di sebut oleh Nur. Bagi Nur, Zuhal adalah happy place dia dan Nur adalah happy place Zuhal.

Di sini tak membincangkan tentang siapa, tetapi apa dan di mana.

Happy Place aku adalah yang berkaitan buku, pesta atau event, gig atau konsert dan berjalan atau travelling. Itu sahaja yang aku dapat kongsikan setakat ini. Ini semua yang buat aku happy dan aku happy bila kongsikan bersama selaras dengan tagline Cadburry “Kongsikan Keceriaan”.

Kejadian pertama, konsert Melankoliar di Kota yang menampilkan Fugo, Bilal Indrajaya, Rumah Sakit dan Romantic Echoes. Tujuan utama adalah untuk melayan live performance Romantic Echoes. Yang menjadikan happy place ini kepada traumatic place adalah Bilal Indrajaya merupakan favourite artist kepada orang yang (pernah) aku sayang. Dan aku yakin dia akan hadir konsert ini yang mana happy place ini akan jadi traumatic atau kegundahan dalam happy tanpa ingin melihat dia yang aku tinggalkan tanpa closure. Chuakss

Orang yang pernah buat aku happy, akan selalu ada di happy place aku.

Kejadian kedua, berlatar belakangkan PBAKL di PWTC. Aku suka kan buku dan event buku. Jadi, aku set date dengan crush untuk berkencan di sana as our first met (and first date) at KLIBF.

“Jumpa sana kalau jumpa.”

Dan aku mengiyakan. Dia diluar jangkaan aku. Dia betul-betul berpegang pada konsep ini. Jumpa sana kalau jumpa. Sepanjang event, hanya berpegang dengan konsep itu. Entah filosofi mana yang dia sedang apply. Tanpa ada komunikasi lain yang mendorong dia tak jumpa aku. Sepanjang event aku rasa dighosted dan terpaksa menikmati PBAKL (solo) date. PBAKL 2023 adalah PBAKL yang paling tak best hanya kerana benda sepele macam ni terjadi.

Actually, he showed up. Aku bukan tak jumpa dia, cuma segan nak bertegur sama macam dia segan nak tegur di dm untuk bertanya aku di mana dan beritahu dia dah sampai di hari kejadian.

Kejadian ketiga, dengan orang yang sama setelah tak jadi set date di PBAKL, kami aturkan next move untuk pergi gig; Tempatan Fest. Dia tak jadi pergi sebab his dad kena stroke.

And alhamdulillah we managed to go date for a couple of times after that. It feels so surreal when you’re dating someone living in your dream. I found my Zuhal now.

Zuhal–someone yang lupa bini dia sendiri. Just like him. Oh maybe I should realize that I’ve been ghosted by him.

Leave a comment